Saturday, December 20, 2008

Ketuanan Melayu Di Sabah

Salam saudara/i,
Sekian lama saya memikirkan hal ini. Setelah mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia barulah saya menilai semula identiti saya yang sebenar. Saya merupakan anak watan kelahiran Sabah, bersuku KadazanDusun, dianggap sebagai penduduk asal Sabah dan Malaysia secara am.
Isu ini saya ketengahkan setelah membaca konsep Ketuanan Melayu dari Blog Tun Dr Mahathir. Tun tidak berapa menyentuh konsep ini berhubung posisi Sabah mahupun Sarawak
Sebelum bergerak jauh, mari kita meneliti maksud Ketuanan Melayu. Melayu dianggap penduduk asal (indigenous people), Persekutuan Tanah Melayu. Cina India dan suku bukan Melayu tidak diragui dianggap sebagai pendatang. Malah dalam subjek Sejarah Tingkatan 4 and 5, Orang Melayu dikatakan mengorbankan hak mereka dengan memberi layanan yang adil terhadap penduduk-penduduk pendatang ini. Lebih baik kalau kita kata "toleransi tinggi daripada orang Melayu. Saya tidak akan bercakap lebih tentang Ketuanan Melayu di Semenanjung dan saya mungkin agak menerima konsep ini dilakukan di Semenanjung. Tapi masa sekarang selepas 50 tahun merdeka, konsep ini sudah tidak relevan dan menimbulkan tanda tanya. Apakah tujuan Ketuanan ini kalau kita hendakkan hak yang sama rata kepada seluruh bangsa Malaysia? Saya tidak mahu dianggap warganegara kelas kedua dan menganggap orang Melayu mendapat hak istimewa di Malaysia. Saya pun akan cuba bekerja keras juga memajukan Malaysia.
Ok, mari kita ke Sabah. Sabah diduduki lebih 80% penduduk asal(sepatutnya sekiranya semua pendatang tanpa izin yang dikhuatiri diberi kerakyatan dihantar semula ke negara asal). KadazanDusun mewakili lebih daripada 50% penduduk asal. Mana Ketuanan Penduduk Asal Sabah? Soalan paling utama -- Adakah Konsep Ketuanan Melayu ini boleh dilaksanakan di Sabah?
Semasa Sabah bersetuju menerima tawaran Tunku Abdul Rahman menyertai Persekutuan, ini juga bermaksud orang-orang Sabah telah menerima dan mempersetujui Konsep ini yang termaktub dalam Perlembagaan. Betapa sedihnya, atau adakah Sabah tidak memahami atau terlepas-belek akta ini? Sekiranya orang Sabah tahu akan hal ini, penentangan secara habis-habisan boleh dibuat. Saya pasti, janji-janji manis seperti biasa, kemajuan, hak orang sabah, dan sebagainya telah mempengerahui penduduk sabah yang sebilangan besar tidak berpendidikan masa itu. Kita tahu hal yang sebaliknya telah berlaku.
Ketuanan Melayu sama sekali tidak boleh dan diharamkan di Sabah Sarawak! Segala kekayaan Sabah telah digunakan untuk memajukan Bumiputera Melayu di Semenanjung. Orang melayu pula memperli kemunduran Sabah yang mereka sendiri lakukan. Siapakah yang dipersalahkan atas kemundura Sabah ini? Kerajaan atau orang Sabah sendiri?
Saya geram setiap kali berborak dengan orang Melayu mengenai sosioekonomi Sabah. ayat biasa yang menyakitkan hati seperti -- "eh.. ade ke orang tinggal atas pokok kat sabah? ... korang gune ae kayu api?? Best tak makan ulat? Korang gune sampan nak gi pekan ke..? Sedih dan geram saya dengar.
Mengapa? Sebelum tahun 1970-an, Sabah diikhtiraf sebagai negeri terkaya di Malaysia. Selepas BN mengambil alih tampuk kepimpinan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) mengikhtiraf Sabah sebagai negeri termiskin dan duduk setara dengan Indonesia. Royalti minyak yang semestinya tidak munasabah, peruntukan tahunan yang memang tidak mencukupi. Sabah ini besar..kena perlukan duit yang banyak untuk bina jalan raya, eletrik, telefon. Johor yang lebih 3 kali kecil diberi peruntukan lebih besar. Cuma beberapa tahun ni peruntukan telah ditingkatkan.
Saya menyeru Barisan Nasional mengubah hal ini. Saya amat berharap Pengerusi BN Sabah diberi kepada pemimpin dari suku KadazanDusun. Kita ambil contoh Pulau Pinang yang menjadikan Parti Gerakan sebagai parti komponen utama BN Pulau Pinang.
Banyak harapan saya disini:
1. Ketuanan Melayu dikaji semula. Kalau orang Melayu benar-benar bertoleransi tinggi, korbankan ketuanan ini untuk Pendudu Sabah Sarawak, Cina dan India.
2. Kalau tidak diubah pun, jangan sesekali membawa konsep ini di Sabah mahupun Sarawak. Isu sensitif orang cakap. Diharamkan sama sekali.
3. Komposisi BN di Sabah dirombak semula dengan menentapkan jumlah Parlimen dan DUN yang tidak berat sebelah.
Kalau bukan kerana Sabah Sarawak, Barisan Nasional is over!! And it is happening right now! Pakatan Rakyat memang menarik minat saya dan juga golongan-golongan muda di Sabah Sarawa kerana pakatan ini bukan sahaja mempromosi Konsep Ketuanan Rakyat (bukan Ketuanan Melayu), hak sabah dan kekayaannya akan dikembalikan. Kita tengok Pilihan Raya Umum nanti!

No comments: