Saturday, December 20, 2008

Kontroversi UMNO di Sabah

Pelikkan? Kenapa UMNO boleh berakar umbi di negeri Sabah yg sepatutnya mempunyai minoriti orang Melayu?

Mari kita teliti keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac di Sabah, negeri yang paling menyedihkan. PBS dengan 3 kerusi Parlimen 11 DUN, SAPP 2 kerusi Parlimen 4 DUN, UPKO masing-masing 4 kerusi, PBRS 1 kerusi parlimen dan juga DUN. UMNO mempunyai 13 kerusi Parlimen dan 36 DUN. Aduhai.. kita dapat meneliti di sini bahawa UMNO sudah bertapak kukuh dengan melebihi separuh DUN dan selebihnya parlimen.

Sekiranya semua parti kecuali UMNO Sabah keluar daripada Barisan Nasional, ini tidak mempengaruhi pengaruh UMNO. Dengan memiliki 13 kerusi parlimen, parti UMNO secara persendirian sudah boleh menubuhkan kerajaan negeri SABAH!!

Kenapa ini berlaku? Siapa yang mencadangkan UMNO di Sabah?

Kita tengok kemunduran Sabah hasil daripada rancangan peng"UMNO'an di Sabah. Peribumi Sabah terbiar, ekonomi dirampas, hak tergadai. Koncoh-koncoh UMNO pula semakin dihormati, disegani, ditakuti, semakin kaya. Rasuah di sana-sini.

Apakah yang boleh dilakukan? sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan penguasaan UMNO di Sabah? Kalau boleh lenyapkan UMNO Sabah once and for all... Kalaulah UMNO Sabah yang boleh dikatakan tunjang Barisan Nasional Sabah membuktikan pembahagian "kek" ekonomi dan pembangunan seragam dan adil, perkara-perkara ini mungkin tidak timbul.

Mari kita bersatu wahai orang-orang Sabah. SAPP telah menunjukkan komitmen mereka untuk mengubah nasib negeri Sabah. Walaupun secara realiti tindakan SAPP tidak menggugat kekuatan BN, sekurang-kurangnya SAPP telah membuka mata penduduk Sabah untuk bersatu. "Every cloud has a silver lining"... harapan masih ada untuk menyelamatkan hak-hak orang Sabah.

No comments: